Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar dan di atas katil. Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah pada ketika itu.

Si isteri bersuara,"Dulu-dulu abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya. Kemudian, si suami pun sambung tidur.

Beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi, "Dulu-dulu abang selalu cium saya bila kita nak tidur." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Kemudian, si suami sambung semula tidur.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Dulu-dulu abang selalu gigit-gigit leher saya." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil. Si isteri bertanya, "Abang nak ke mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak pergi ambik gigi la ni...".
Kisah ini berlaku di Ampang. Seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang jurujual kereta, bercinta dengan seorang anak gadis jutawan di Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak keluarga gadis hanya kerana pekerjaannya tidak setaraf keluarga jutawan itu.

Suatu malam, pasangan ini melarikan diri demi kelangsungan cinta mereka.

Tidak lama selepas itu, bapa gadis sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangannya. Dia telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengatakan dia akan menerima teman lelaki anak gadisnya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, gadis itu pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa dan keluarga pihak keluarga jutawan itu pun menerima teman lelaki gadis itu dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk berkahwin.

Semasa persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan, pasangan kekasih ini keluar membeli ayam goreng KFC di Ampang Point. Ketika hendak pulang ke kereta, teman lelaki gadis dilanggar lori. Ia berlaku betul-betul di hadapan gadis tersebut. Teman lelakinya mati di tempat kejadian kerana kecederaan yang teruk di kepala.

Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi; seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu. Jika tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tetapi ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu. Jika tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku. Tetapi, ayah perempuan tersebut juga tidak megendahkannya.

Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh sekalipun, darahnya tetap ada.

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu sehingga bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Perempuan itu pun terus dan menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus. Akan tetapi, darah itu tetap ada.

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan muncul dihadapannya seorang nenek tua. Perempuan tersebut pengsan.

Setelah terbangun dari pengsan, nenek tua itu masih berada di hadapannya. Nenek itu menghulurkan sebuah botol berwarna biru.

Perempuan itu terus bertanya kepada nenek tua itu, "Apakah ini?". "Inilah sabun basuh cap Dynamo, letakkan sedikit dan kotoran akan hilang. Kalau tak percaya, pergi cuba, try, test, uji..." jawab nenek sambil muka ada senyum.
Gambar di atas adalah biji getah. Sesiapa yang tidak kenal apa itu biji getah, itulah dia biji getah. Kalau kenal pokok getah, itulah dia punya biji. Tiada kaitan dengan kangkung yang sedang popular ketika artikel ini dikeluarkan.

Budak-budak hipster, vintage dan generasi instagram sebelum makan pada masa kini mesti tidak kenal benda alah ni. Kalau budak-budak dulu, terutamanya anak peneroka Felda dan budak-budak yang tinggal di estet biasa dengan biji getah ni. Ada yang menggunakannya sebagai peluru untuk lastik burung, digunakan untuk bermain congkak dan lain-lain permainan.

Tetapi tahukah anda, biji getah ini boleh dimakan, dibuat sambal? Di bawah adalah resepi untuk menyediakan Sambal Biji Getah atau nama lain dia Sambal Rong.

Bahan-bahan yang diperlukan:
-Cili padi
-Biji getah
-Garam

Cara Membuatnya:
- Kopek kulit biji getah yang keras untuk mendapatkan isinya yang berwarna putih, lembut dan kenyal. (Senang cerita, ketuk je dengan lesung batu)
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Kemudian, buang kulit arinya. Pekerjaan yang ini memang agak cerewet. Jika nak mudah, jemur dulu isi biji getah ni sehingga kulit arinya kering dan lekang daripada isi.
- Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat. Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat.
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Setelah lumat, tepekkan di dalam kuali leper atau tudung periuk. (Jika mahukan sambal yang garing, tepek nipis-nipis)
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Bakar di atas api yang perlahan hingga sambal masak atau garing.
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Inilah rupa Sambal Biji Getah atau Sambal Rong yang sudah siap.

Sambal ini boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama ulam-ulaman, pucuk gajus, tenggek burung, ulam raja, atau pegaga. Kalau nak makan dengan ulam, selalunya relaikan dulu sambal ni. Siap! Jangan lupa instagram dulu sebelum makan!

Kredit
Baru-baru ini satu isu hangat diperkatakan berkenaan dengan pemakaian tudung di IPTA dan IPTS telah diperdebatkan.

Mengikut maklumat yang diperoleh, dikatakan Kerajaan dan Menteri berkaitan telah menghantar notis dan pekeliling ke sekolah-sekolah selain IPTA dan IPTS berikutan larangan pemakaian tudung oleh wanita di kawasan kampus Universiti dan sekolah.

Perkara ini juga telah menjadi isu panas dan menerima bantahan oleh banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakan pihak kerajaan.

Namun begitu, pihak Kerajaan berkeras untuk terus melaksanakan peraturan dan undang-undang ini secepat mungkin.

Menteri berkaitan telah mengeluarkan senarai beberapa jenis tudung yang diharamkan dipakai oleh kaum wanita antaranya ialah:

    - Tudung Saji

    - Tudung Periuk 

    - Tudung Termos 

    - Tudung Cat

SUMBER
Next PostNewer Posts Home