Ragam Pasangan Tua

Leave a Comment
Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar dan di atas katil. Sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tetapi isterinya terbangkit perasaan ghairah pada ketika itu.

Si isteri bersuara,"Dulu-dulu abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya. Kemudian, si suami pun sambung tidur.

Beberapa ketika selepas itu, si isteri bersuara lagi, "Dulu-dulu abang selalu cium saya bila kita nak tidur." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Kemudian, si suami sambung semula tidur.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Dulu-dulu abang selalu gigit-gigit leher saya." Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil. Si isteri bertanya, "Abang nak ke mana tu?" Dengan marah suaminya menjawab, "Nak pergi ambik gigi la ni...".
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment