Resipi Sambal Biji Getah

Leave a Comment
Gambar di atas adalah biji getah. Sesiapa yang tidak kenal apa itu biji getah, itulah dia biji getah. Kalau kenal pokok getah, itulah dia punya biji. Tiada kaitan dengan kangkung yang sedang popular ketika artikel ini dikeluarkan.

Budak-budak hipster, vintage dan generasi instagram sebelum makan pada masa kini mesti tidak kenal benda alah ni. Kalau budak-budak dulu, terutamanya anak peneroka Felda dan budak-budak yang tinggal di estet biasa dengan biji getah ni. Ada yang menggunakannya sebagai peluru untuk lastik burung, digunakan untuk bermain congkak dan lain-lain permainan.

Tetapi tahukah anda, biji getah ini boleh dimakan, dibuat sambal? Di bawah adalah resepi untuk menyediakan Sambal Biji Getah atau nama lain dia Sambal Rong.

Bahan-bahan yang diperlukan:
-Cili padi
-Biji getah
-Garam

Cara Membuatnya:
- Kopek kulit biji getah yang keras untuk mendapatkan isinya yang berwarna putih, lembut dan kenyal. (Senang cerita, ketuk je dengan lesung batu)
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Kemudian, buang kulit arinya. Pekerjaan yang ini memang agak cerewet. Jika nak mudah, jemur dulu isi biji getah ni sehingga kulit arinya kering dan lekang daripada isi.
- Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat. Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat.
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Setelah lumat, tepekkan di dalam kuali leper atau tudung periuk. (Jika mahukan sambal yang garing, tepek nipis-nipis)
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Bakar di atas api yang perlahan hingga sambal masak atau garing.
https://www.facebook.com/Fadly.Bharudin.Page
- Inilah rupa Sambal Biji Getah atau Sambal Rong yang sudah siap.

Sambal ini boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama ulam-ulaman, pucuk gajus, tenggek burung, ulam raja, atau pegaga. Kalau nak makan dengan ulam, selalunya relaikan dulu sambal ni. Siap! Jangan lupa instagram dulu sebelum makan!

Kredit
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment